"Kenapa dengan Bunkface tu?
BUKAN sekali tetapi dah banyak kali Papa mendengar rungutan tentang band indie yang sedang meningkat naik nama mereka sekarang.
Siapa lagi kalau bukan Bunkface yang sedang top dengan lagu Situasi tu. Amboi, hebat mereka kan? Lagu Situasi tu pun dah berjaya menjuarai beberapa carta radio popular di negara ini.
Tetapi, yang tak sedapnya, sedang asyik diulit dengan populariti, rupanya Papa dengar cerita kumpulan Bunkface ni dikatakan berlagak sampaikan tidak mahu membuat sesi fotografi ataupun ditemu ramah oleh media.
Kawan Papa yang cantik jelita bermata kuyu pun rupanya pernah terkena dan apa yang membuatkan kawan Papa ni naik hantu apabila pengurus Bunkface yang bernama Zara memang sombong dalam memberikan jawapannya.
“Minta maaflah ya. Kami tidak akan buat sesi fotografi dengan mana-mana media sebab kami hanya mahu menumpukan perhatian kepada promosi album dan lagu sahaja. Bunkface tiada masa untuk sesi fotografi kerana terlalu sibuk,” kata Zara kepada kawan Papa tadi dalam nada yang cukup menyakitkan hati.
Agaknya Zara baru lagi kot jadi pengurus dan tidak faham selok-belok dunia artis ni? Bukankah sesi fotografi itu juga sebahagian daripada promosi untuk Bunkface.
Helo, artis lama dan senior pun masih lagi sudi nak buat sesi fotografi dengan akhbar dan majalah sebab mereka tahu itu adalah promosi untuk mereka.
Tidak mengapalah. Mungkin Bunkface dan pengurusnya tidak memerlukan media untuk membantu mereka kerana ada cara promosi mereka yang tersendiri.
Kalau lepas ni ada apa-apa yang terjadi, jangan nak salahkan wartawan pula sebab tidak memberi sokongan dan publisiti."
Sometimes, I just don't understand some people. Just trying to provoke me. Alhamdulillah, I handle it well. It's just another challenge for me working in this industry. Oh, well.. Pepatah melayu kita - " Tak kenal, maka tak cinta."
No comments:
Post a Comment