Monday, June 14, 2010

Cintamu / Chapter 1

"I just don't understand why I'm still in love with you when you hurt me so much.." kataku padanya. Dia hanya menundukkan wajahnya. "What have I done wrong this time? Apa salah I? Kenapa you buat I macam ni?" soalku lagi. Akhirnya dia memberanikan diri mendongak dan melihat aku. "Selama kita bersama, you tak pernah buat salah. It's me, not you." dia menjawab. "It's me not you? Itu je yang you dapat jawab?" soalku. Airmata aku tidak berhenti membasahi pipi.

"Sayang..." dia memanggil sambil mencapai tangan aku. Aku tarik tangan aku dengan kasar dan mengesat airmata, "Don't call me sayang. You don't deserve me. You dah lukakan hati I. You ingat I tak tahu kenapa you tinggalkan I? I berikan you peluang untuk jelaskan dan berterus terang pada I, tapi.. you masih nak berdalih!" aku menjerit padanya. Lalu, aku bangun, "I've had enough with you.." dan berlalu pergi meninggalkannya tanpa menoleh. 

Kecewanya hati aku. Kamil Afsyah. Itu lah lelaki yang aku terima selepas berkali-kali aku cuba menolak cintanya. Bila hati ini akhirnya menerima cintanya, dia menghancurkan hati ini. Air mata tidak berhenti membasahi pipi. Aku berjalan tanpa hala tuju. "Kenapa Kamil? Kenapa kau hancurkan hati aku?" soalnya hati ini. Dua tahun yang lalu, dialah lelaki yang akhirnya memenangi hati ini. Kini semuanya tinggal kenangan..

Riiinnnnggg!

"Azalea, kau kat mana? Dari tadi aku cuba telefon, tapi tak berjawab. Kau okay?" soal Dayanna, teman baik aku selepas menjawab panggilannya. "Anna, I don't feel like talking. Aku telefon kau kejap lagi lah." itu sahaja aku dapat menjawab. Terus aku mematikan telefon bimbit. "I'm sorry Anna, aku tak sanggup lagi untuk menceritakan semua..." bisik hati aku. Lalu, aku terus berjalan tanpa hala tuju.

1 comment:

Wani Ardy said...

Write more, please. :)

By the way babe, my blog is at waniardy.com Bukan senikatawati.blogspot.com lagi dah :)